Wednesday, November 4, 2020

MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU

 As salam,


Ini adalah masukan pertama setelah sekian lama aku tak menulis. Kebelakangan ini, hidup aku penuh dengan tekanan dari luar mahupun dalaman aku sendiri. Salah satu kejadian dalam hidup aku yang tak dapat aku nak luahkan pada orang yang sepatutnya, aku luahkan disini. Pepatah Melayu ini sangat bertepatan dengan apa yang ingin aku luahkan pada orang tersebut.

Kalah mahupun menang tiada satupun pihak yang dapat manfaat, kedua-duanya rugi. Memang sifat alami aku, dari usia kecil lagi, aku tak boleh tengok darah daging aku bergaduh sesama sendiri. Aku mesti akan cuba tenangkan salah satu pihak supaya keadaan reda. Aku tak mahu tengok manusia-manusia yang Allah anugerahkan pada aku terluka atau melukakan. Tapi bila aku cuba jadi neutral, cuba nak elak salah satu pihak dari salah faham dengan pihak lain, aku pula yang dipersalahkan. Aku dikatakan berat sebelah, pihak A kata, aku sokong pihak B. Pihak B pula kata, aku sokong pihak A. Kedua-dua pihak marahkan aku. Akhirnya aku putus asa, aku sedih, kalau ditadah mungkin dapat sebotol air mineral 1 liter airmata aku yang tumpah.

Konflik ini mereka yang cetuskan, pihak A tak mahu dengar cakap/pendapat/pandangan aku, pihak B pula egois,berdendam pada bukan tempatnya. Keputusannya, pihak A nak buang pihak B, pihak B nak lupakan pihak A.....dalam erti kata lain memutuskan tali silaturrahim antara satu sama lain. Tidak terfikirkah akan dosa perbuatan mereka ini. Apa pula yang mereka dapat dengan memutuskan hubungan keluarga ini? Tiada langsung manfaat pada kedua-duanya. 

Tapi aku tak mampu buat apa-apa lagi. Aku hanya berdoa agar Allah lembutkan hati kesemua kami supaya menerima dengan redha apa-apa yang akan terjadi ataupun mungkin takkan terjadi nanti. Semoga takkan ada lagi ikatan yang terputus dalam keluarga aku. Sesungguhnya Ya Allah, aku sangat menyayangi anugerahMu ini, mereka adalah kurniaanMu yang terindah buatku Ya Allah. Eratkanlah pertalian yang Engkau ciptakan ini, janganlah Engkau biar ia terputus...amin ya robbal alamin.