Tuesday, March 1, 2016

Anda Pemarah Yang Bagaimana?

Adakah anda seorang yang pemarah? Jika ya, anda pemarah yang bagaimana? Tahukah anda ada berbagai jenis/perwatakan pemarah? Hari ini saya akan mengupas 3 perwatakan pemarah.


TYPE 1: LAMBAT MARAH, LAMBAT 'SEJUK' 

Pemarah jenis ini biasanya orang yang pendiam. Tidak banyak bercakap, selalu menerima sahaja apa-apa yang dilontarkan kepadanya, dia pendamkan sahaja. Tetapi berhati-hatilah, sebab akan sampai satu tahap, apabila dia sudah tidak dapat menahan lagi lontaran anda, dia akan 'meletup' ibarat gunung berapi yang telah lama menahan larva. Oleh yang demikian, seperti gunung berapi juga, sebelum meletus, ia akan mula mengeluarkan letusan gas dan habuk sulfur sebagai amaran, maka begitu jugalah pemarah TYPE 1 ini. Anda juga perlu peka akan perubahan perwatakannya dari segi gerak tubuh dan intonasi serta nada suaranya bagi mengelakkan anda terkejut 'beruk' bila terkena ledakan kemarahannya. Apabila dia sudah mula marah, maka akan berpanjanganlah episod marahnya itu ^_^ 

TYPE 2: CEPAT MARAH, CEPAT 'SEJUK'  

Kebiasaannya, pemarah TYPE 2 inilah yang selalu dilabelkan sebagai PEMARAH. Disebabkan dia memang akan selalu sahaja marah. Pantang sahaja dikuis sedikit, terus nak marah. Akan tetapi, sebagaimana cepat darjah kemarahannya naik, secepat itulah juga ia akan turun semula. Anda mungkin akan terkejut jika saya katakan sekiranya hari ini dia marah, esok marahnya itu akan hilang ibarat tiada apa-apa yang berlaku hari sebelumnya itu. Tetapi itulah hakikatnya pemarah TYPE 2 ini. Mungkin luarannya sahaja yang nampak kasar, tetapi seperti kata-kata anak muda zaman sekarang 'dalam hati ada taman'. Besar kemungkinannya dalam sistem imunisasi badan pemarah TYPE 2 ini ada antibodi yang boleh melemahkan atau terus sahaja membunuh 'virus' marahnya. ^_^

TYPE 3: BILA BERDEPAN TAK MARAH, BILA DIBELAKANG... 

Di dunia ini, rasanya yang paling ramai adalah pemarah TYPE 3 ini. Bila didepan kita punyalah penyabar, terima sahaja semua komen,tengkingan, sindiran, waima herdikan kita. Tetapi, apabila dibelakang kita, habis semua diamuknya. Kemarahan mereka dilontar kepada pihak ketiga pula. Pemarah TYPE 3 ini bolehlah saya kategorikan sebagai 'talam dua muka' kerana mereka berselindung disebalik topeng watak 'cool' tetapi hakikatnya mereka langsung tidak 'cool'. ): Jadi, anda termasuk dalam TYPE yang mana ya? Semua perwatakan dan kupasan yang saya nukilkan ini hanyalah berdasarkan pemerhatian saya sahaja. Jika ada yang tersinggung dengan penulisan saya ini, harap dapat memaafkan kekhilafan saya, hamba Allah yang lemah ini.

Saturday, February 20, 2016

Adakah Tanggungjawab Seorang Wanita Pada Mertua Melebihi Ibu Bapanya?

Kita tahu, bila sahaja seseorang wanita berkahwin, suami perlu didahulukan daripada ibu bapanya, dengan syarat mematuhi hukum syarak. Tapi, bagaimanapula dengan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa mertua? Apakah juga melangkaui ibu bapanya sendiri?
Berdasarkan gambar ini, jelas menunjukkan kebertanggungjawaban seorang menantu, tidak kira lelaki mahupun perempuan, terhadap mertuanya adalalah setara/seimbang dengan kebertanggungjawabannya kepada ibu bapanya sendiri. Tiadalah melebihi mahupun kurang. Jadi, diseru kepada seluruh umat manusia yang bergelar menantu, janganlah dilebihkan layanan kepada mana-mana sebelah pihak sahaja. Kerna tanggungjawab seorang anak takkan pernah terputus walau dengan apa sebab dan keadaan, hatta berlainan agama sekalipun, melainkan ajal yang ditentukan Allah sahaja akan memutuskan tanggungjawab itu.

Saturday, August 4, 2012

Sunday, June 24, 2012

Pelbagai c0keLat,kEk n mUfFin hAndly mAde!!!Dapatkan Segera!!!!

*cOkLat pElbAgai bEntuk n c0raK RM80.00/= *aPaM p0lkaDot pElbaGai waRna RM30/100 biji fiLliNg:Blueberry,oren,kiwi,strawberry,kaya coklat *mUfFins pElbaGai fiLlinG:-blueberry, -badam, -oren, -kismis, -kiwi, -chocolate rice, -strawberry, -chocolate chips RM1.50/cawan SEBARANG TEMPAHAN,SILA HUBUNGI:CIK TASYA 013-6914386

Thursday, November 25, 2010

JIHAD DLM ERTI KATA SEBENAR

Tau x kte pe sbenar nye mkne JIHAD?

Dlm era skrang ni, mgkin d ngr kte yg tercinta ni xde g peperangan. Tp bjuang d medan perang bkn la satu2 nye jihad. Byk lg jihad yg blh d wat. Antara nye mbantu mrk yg memerlu kn. Cth nye, spt kjadia banjir d utara tnh air bru2 ni. Byk juga la pihak yg tampil memberi bantuan. Trime kasih d ucap kn pd mrk yg mnyahut panggilan jihad itu.

Tp yg sye nak bincg kn ialah mngenai, pemberian bantuan kpd org luar. Bkn la xleh kte nak bantu org luar, cme sye rse terkila. Kerna ase nye msh byk lg rakyat d ngr kte yg memerlu kn bantuan. Maka, ptt nye kte bantu dlu rakyat kte, pasti kn mrk yg terdekat ngan kte ni terbela. Slps tu br la pk kn nak bantu org luar. Ni x, rkyat kte d biar kn cri penyelesaian sndri, rkyat luar yg lbey d utama kn. Nape ye??

Sibuk sgt nak bantu org luar sbb nak dpt publisiti n kukuh kn plaburan dr ngr len.Nak ngr lbey d knali d mte dunia. Btul ke niat jihad nye tu? Keadaan dlm ngr sendri berantakan tp hal ngr len yg nak d stabil kn…..ntah la. Teringat lak sye kat pepatah Melayu ciptaan org2 tua dlu: “Kera dihutan d susu kn,ank sndri mati klaparan”. Mmg kne sgt ngan org kte skang ni.

Sekadar pandangan peribadi je….

Friday, October 22, 2010

Bajet o Poket...

Aritu ak ngan kwn2 duk sembang2 psl bajet 2011. Srentak kami sme2 kte yg bajet tu skadar nak tackle pengundi jek sempena nak ngundi taun dpn. Mmg logik pown…gaji sape yg byk d naik kn tbe2?? Penghulu, JKKK, n Tok Batin…pe peranan mereka ni lam plihan rye akn dtg? Bsr peranan mreka ni…kerna mreka adalah golongan2 yg dkt ngan rakyat2 bese. Mreka ni punya kuasa mempengaruhi yg sgt berkesan pd golongan bwhan. So, nampak x strategi nye??

Mungkin anda rse sye ni x ske BN or penyokong Pas. Tapi hakikat nye sye hanya la pemerhati. Sye x berat pd mne2 parti. Sye cme la seorang rakyat yg nak kn nasib kte d bela oleh pemerintah YG KTE PILH. X kesah la mne2 parti pown yg memerintah. Tp syg nye lps kte plh mreka, br la kte prasan janji2 mreka ni skadar btanam tebu d pinggir bibir. Nape ek diorg cmnie? Walhal, diorang lau berkempen cbuk mlaung2 kn nme Allah. Tp terang-terangan mngamalkan sifat syaitan yg mungkir janji. Jgn le gne kn agama tuk berpolitik sbb politik yg korg men ni sgt kotor.

De slh 1 isu yg d utara kn kwn ak adalah berkait dgn pinjaman PTPTN. Kte nye, PTPTN cbuk mngata kn mreka hamper bankrap sbb rmi peminjam x mbayar balik pinjaman mreka. Tp x prasan ke nape org rmi x byr lik?? Sbb interest yg diorg kne kn tu melampau. Byg kn la cam kami ni mek pinjaman pnuh RM 3 500 per sem. Kos 4 taun. Jumlah pinjaman RM28 000. Slps interest 3 %?? Kie la sndri yerk. X larat nak kie dah. Nape perlu mek riba’? Sbuah ngr yg penduduk majority nye beragama Islam, pucuk pemerintahan nye Islam(ke?) mngamal kn riba’??? Nonsense la…cbuk mcari keredaan manusia smpi mnyebab kn Allah murka…nape????

Meh ak gtau yg sbb pulangan lik tu tlalu mbeban kn la rmi yg x byr lik. Sbb x mampu. Diorang pown mek pinjaman sbb x mampu tampung blanje nak blajo tu. Mmg r pas tu diorg kne kerja kn…tp nak gak kne tanggung family kn. Cbe la PTPTN ni berhati perut sket. Syarat kn bayaran lik hanya la pe yg d pjm sje, tanpa interest. Ak brani potong kuku r yg rmi kn byr lik nye. Xde nye PTPTN tu kn bankrap. Tp yela kn sape la ktorg ni. Nak bg cadangan kt ‘org2 bsr’ 2. Xpela, ak skadar nak kongsi rse ati jek.

Friday, September 17, 2010

Aidilfitri 1431 Hijrah.....1 Anugerah


Seingat aku sejak dari kecil, Aidil Fitri bagi keluargaku disambut secara ala kadar saja disebabkan keadaan ekonomi keluarga kami. Kalau dulu, baju raya biasanya yang adalah baju yang orang bagi atau baju raya yang tahun-tahun yang sudah lepas. Mungkin juga hamper 3 tahun sekali baru tukar baju. Malam raya pula mesti kanak-kanak akan sibuk main mercun atau bunga api kan? Tapi bagi kami adik beradik waktu itu, sekadar melihat kanak-kanak lain bermain mercun dan bunga api sahaja sudah cukup memberi kepuasan. Walaupun ketika itu kami masih kecil tapi dengan didikan mak dan ayah, kami tidak pernah merengek meminta yang bukan-bukan. Apa-apa yang mak dan ayah sediakan itulah yang kami terima.
Dan masih segara lagi dalam ingatan aku dulu sewaktu mak berkunjung ke rumah salah seorang mak saudara ayah. Kami di layan bagai orang asing, diberi air dan makanan dan dibiarkan begitu saja. Walaupun mak tak pernah kata apa-apa tapi aku tau yang mak sedih dan malu diperlakukan begitu apatah lagi di depan saudara mara orang tua tersebut. Hina sangatkah jika kita miskin? Paling aku kesali waktu itu orang tua tersebut telahpun bergelar ‘hajah’. Tidakkah dia pernah belajar bahawa Rasulullah SAW sentiasa memuliakan tetamunya. Apalah gunanya gelaran ‘hajah’ itu jika ia hanya sekadar gelaran bukan amalan. Tetapi tahun ini anaknya mengutarakan soalan “Kenapa tak datang rumah?” apabila bertemu dengan kakakku yang ingin pulang ke Selayang. Adikku beritahu kakakku memberi alas an yang dia malas nak berjalan.
Tetapi keadaannya tahun ini terlalu berbeza jika dibandingkan dengan waktu dulu. Tahun ini merupakan tahun yang paling meriah bagiku sepanjang aku hidup. Aidilfitri kali ini sungguh memberikan satu anugerah. Walupun petang raya aku berselisih faham ngan ayah, tapi aku pasti ayah sudah banyak berubah walaupun masih banyak lagi perangai buruknya yang ada. Aku doakan semoga ayah akan berubah menjadi lebih baik dari tahun ini pada tahun hadapan denag izin Allah SWT.
Pagi raya tahun ini memang menggembirakan walau kami kekurangan seorang ahli keluarga. Selepas bermaaf-maafan dan bersalam-salaman, kami sekeluarga makan bersama. Saling ketawa, saling bergurau senda. Walaupun kami tidka ke kubur kerana hujan pada pagi 1 Syawal itu, namun bukan bermakna yang kita perlu menziarahi pusara hanya pada waktu raya sahaja. Jika tidak pada 1 Syawal, ada lagi 364 hari yang lain yang kami boleh menziarahi pusara nenek kami. Insya’Allah aku akan.
Dengan perabot yang baru dan muhibbah antara ahli keluarga, kami melalui hari raya dengan perasaan yang sangat bersyukur. Raya kedua kami beraya ke rumah pak cik yang merupakan abang kepada mak yang baru memeluk Islam. Kemudian kami ke rumah tunang Farrah pula. Dan turut serta bersama kami adalah tunang aku iaitu Mohammad Shah Izwan. Sampai pukul 8 lebih barulah kami balik.
Tahun ini juga merupakan kali pertama aku menjemput semua rakan-rakan datang beraya ke rumah. Dan aku juga menyertai konvoi bersama-sama mereka ke rumah rakan-rakan lain serta guru-guru kami. Alhamdulillah, hampir-hampir nak runtuh gak rumah kami bila 20 orang rakan aku, 4 orang rakan Angah dan beberapa orang rakan Kak Iena datang hampir-hampir serentak pada raya ketiga. Memang tak menang tangan. Malamnya pula kami buat berbeku, sampai meleleh air mata aku membakar ayam.
Raya keempat pula aku ke rumah Fazirah dan rumah bakal mentuaku. Sungguh rasa sangat terharu apabila bakal mak dan ayah mentuaku menyenangi dan menerima kehadiran aku di sisi anak mereka. Setakat ini dengan adik berdiknya juga aku dapat menyesuaikan diri. Cuma masih ada beberapa orang lagi akak-akak dan abangnya yang belum berkesempatan lagi untuk bertemu. Insya’Allah, masanya akan tiba. Malamnya pula keluarga pak cik aku dan abang iparnya datang. Oh ya, pak cik aku telah selamat bernikah pada bulan Mei yang lau.
Dan petang semalam Nieza dan teman rapatnya Rafi datang beraya sebelum aku bertolak balik ke UUM. Alhamdulillah aku telah selamat sampai pagi tadi. Kemungkinan aku akan sambung ziarah rumah kenalan aku di sini pula.
Ya Allah, betapa aku sangat bersyukur kerna Engkau telah menganugerahkan Syawal yang sangat bermakna buatku serta keluargaku. Semoga Engkau akan memberikan lebih lagi kemeriahan dan kebahagiaan kepada keluargaku sentiasa, amin ya rabbal alamin…