Saturday, February 20, 2016

Adakah Tanggungjawab Seorang Wanita Pada Mertua Melebihi Ibu Bapanya?

Kita tahu, bila sahaja seseorang wanita berkahwin, suami perlu didahulukan daripada ibu bapanya, dengan syarat mematuhi hukum syarak. Tapi, bagaimanapula dengan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa mertua? Apakah juga melangkaui ibu bapanya sendiri?
Berdasarkan gambar ini, jelas menunjukkan kebertanggungjawaban seorang menantu, tidak kira lelaki mahupun perempuan, terhadap mertuanya adalalah setara/seimbang dengan kebertanggungjawabannya kepada ibu bapanya sendiri. Tiadalah melebihi mahupun kurang. Jadi, diseru kepada seluruh umat manusia yang bergelar menantu, janganlah dilebihkan layanan kepada mana-mana sebelah pihak sahaja. Kerna tanggungjawab seorang anak takkan pernah terputus walau dengan apa sebab dan keadaan, hatta berlainan agama sekalipun, melainkan ajal yang ditentukan Allah sahaja akan memutuskan tanggungjawab itu.