Tuesday, March 1, 2016

Anda Pemarah Yang Bagaimana?

Adakah anda seorang yang pemarah? Jika ya, anda pemarah yang bagaimana? Tahukah anda ada berbagai jenis/perwatakan pemarah? Hari ini saya akan mengupas 3 perwatakan pemarah.


TYPE 1: LAMBAT MARAH, LAMBAT 'SEJUK' 

Pemarah jenis ini biasanya orang yang pendiam. Tidak banyak bercakap, selalu menerima sahaja apa-apa yang dilontarkan kepadanya, dia pendamkan sahaja. Tetapi berhati-hatilah, sebab akan sampai satu tahap, apabila dia sudah tidak dapat menahan lagi lontaran anda, dia akan 'meletup' ibarat gunung berapi yang telah lama menahan larva. Oleh yang demikian, seperti gunung berapi juga, sebelum meletus, ia akan mula mengeluarkan letusan gas dan habuk sulfur sebagai amaran, maka begitu jugalah pemarah TYPE 1 ini. Anda juga perlu peka akan perubahan perwatakannya dari segi gerak tubuh dan intonasi serta nada suaranya bagi mengelakkan anda terkejut 'beruk' bila terkena ledakan kemarahannya. Apabila dia sudah mula marah, maka akan berpanjanganlah episod marahnya itu ^_^ 

TYPE 2: CEPAT MARAH, CEPAT 'SEJUK'  

Kebiasaannya, pemarah TYPE 2 inilah yang selalu dilabelkan sebagai PEMARAH. Disebabkan dia memang akan selalu sahaja marah. Pantang sahaja dikuis sedikit, terus nak marah. Akan tetapi, sebagaimana cepat darjah kemarahannya naik, secepat itulah juga ia akan turun semula. Anda mungkin akan terkejut jika saya katakan sekiranya hari ini dia marah, esok marahnya itu akan hilang ibarat tiada apa-apa yang berlaku hari sebelumnya itu. Tetapi itulah hakikatnya pemarah TYPE 2 ini. Mungkin luarannya sahaja yang nampak kasar, tetapi seperti kata-kata anak muda zaman sekarang 'dalam hati ada taman'. Besar kemungkinannya dalam sistem imunisasi badan pemarah TYPE 2 ini ada antibodi yang boleh melemahkan atau terus sahaja membunuh 'virus' marahnya. ^_^

TYPE 3: BILA BERDEPAN TAK MARAH, BILA DIBELAKANG... 

Di dunia ini, rasanya yang paling ramai adalah pemarah TYPE 3 ini. Bila didepan kita punyalah penyabar, terima sahaja semua komen,tengkingan, sindiran, waima herdikan kita. Tetapi, apabila dibelakang kita, habis semua diamuknya. Kemarahan mereka dilontar kepada pihak ketiga pula. Pemarah TYPE 3 ini bolehlah saya kategorikan sebagai 'talam dua muka' kerana mereka berselindung disebalik topeng watak 'cool' tetapi hakikatnya mereka langsung tidak 'cool'. ): Jadi, anda termasuk dalam TYPE yang mana ya? Semua perwatakan dan kupasan yang saya nukilkan ini hanyalah berdasarkan pemerhatian saya sahaja. Jika ada yang tersinggung dengan penulisan saya ini, harap dapat memaafkan kekhilafan saya, hamba Allah yang lemah ini.

No comments:

Post a Comment